Sunday 30 December 2012

Hari hari aku yang sangat bosan

Assalamualaikum

Entry aku ni pun mungkin yang terbosan jugak . Jadi jangan baca sampai habis . Nanti dengan engkau pun turut sama bosan .

Hari ni memang macam biasa la aku kan . Selagi mak aku tak bising bising haram jadah aku nak bukak mata . Kalau boleh nak tidur je sampai kalah baby baru lahir tu .
Dah bising memekak je kat telinga aku tu , terpaksa lah jugak aku bangun . Mandi apa semua lepas tu makan . Lepas makan bukak Twitter dengan Facebook kejap . Usha apa yang terlepas semalam kan . nanti kang kut ada berita gempak aku sorang je tak tau . Tak ke orang panggil orthodoks nanti . Hahaa

Lepas boring takde apa yang menarik , tambah pulak takde drama macam selalu . Well , Twitter kan penuh drama *cakap dengan gaya angkuh giler* Kalau kau nak berdrama apa semua kau join lah twitter . Siyes aku cakap memang tetiap bulan ada je yang hot punya cerita lalu kot timeline kau .

Sesambil aku duk guling guling sambil layan akak twitter ni kan , termenung jap berfikir apa aku nak buat hari ni . Mak ayah aku memang takde dah . Keluar mana entah . Kerja gamaknya . Tak kan aku nak pasang lagu kekuat sambil joget oppa gangnam style op op op kot . Karang kang turun saham aku sebagai anak dara cun nanti . Wkwkwk Okay sila baling botol .

Nak buat kek lagi memang tak lah . barang pun nak habis aku hancurkan haritu . Nak keluar ? Memang dalam mimpi . Bukan ada lesen pun lagi . Lagipun apa aje yang ada kat rumah aku ? Takat basikal tayar pancit adik aku adalah .

Sambil tengah tengok adik aku duk kalut kemas barang sebab esok dia dah nak balik asrama kan , so aku pun buat keputusan nak berkurung je dalam bilik sambil layan novel . Walau pun kebanyakan nye aku dah ulang lebih banyak dari aku ulang buku teks sejarah tingkatan 5 dolu dolu . Lantak lah asal kan aku tak mati terconggok sebab tak tau nak buat apa kan .

Koleksi novel aku berlambak. Kalah buku teks tingkatan 5 aku . Ni baru separuh je. Wkwk Bangga gila ada novel banyak . Tapi kebanyakkan aku nak baca semua ni . Nak beli yang baru dalam mimpi jela . 
Tak pun tunggu jatuh dari langgit ala ala Alice In The Wonderland gitu . magic kan . Haha . Mak aku kedekut sikit kalau cuti sekolah ni . lagi lagi kalau tengok aku ternak lomak je kat rumah . Harap mak aku tak baca blog aku . Haha



Bila aku takde mood nak baca novel , ni salah satu benda yang aku buat . Letak perisa oren campur gula racun atas meja . Lepas tu tunggu semut datang . Bila dia orang dah ramai ramai jilat perangkap aku tu , dengan kejam nye dalam hati aku

PADAN MUKA KAU . MATI BERBUIH LA KAU NANTI HAHAHAHAHA *gelak megatron*

Bila semut tu mati menggeletar depan mata aku , baru aku puas hati . Haha . Tula siapa suruh kau bermain gelak tawa riang ria kanak kanak ribena atas meja aku . Kan dah terima padah . Puas hati aku .



Apa pun boring boring ni keje melatak la kan . Sanggup pergi beli MarryBrown sebab tak sanggup hadap laptop sambil mulut terkacip rapat . Kena jugak mengunyah . 

Aku harap tahun 2013 tak seboring ni . Tolong la keluar Doraemon dari laci aku . Apa jenis wish aku ni ????????

Bye

Saturday 29 December 2012

Brownies yang diubah menjadi cupcakes

Assalamualaikum

Pagi semalam aku bangun awal jugak kot . Ada la dalam pukul 8 gituu kan . Haha itu pun sebab panas . Selalunye hujan lebat macam takde gaya nak berhenti je . Tapi entah la lepas banjir melanda ni tetiba jadi panas pulak . Membahang pulak tu . Ada jugak aku bodo bodo tanya mak aku .


" Ma , asal panas terik ni ma ? Kan musim tengkujuh ni . Minggu lepas lebat je hujan . "

" DIA nak suruh kau rajin jemur kain la tu . Ni dah panas alasan apa lagi kau nak bagi ? Lepas siap basuh kain , terus jemur . "

Ada pulak ma aku . Jadi seharian semalam keje aku macam cinderella je . Buat keje rumah . Jemur kain je padahal .

Aku terbangun awal pagi ni pun sebab aku tertidur awal malam nye tu . Selalu time aku tidur pukul 4 , 5 pagi gitu . Tapi sebab pening kepala , pukul 12 malam dah hanyut dah . bangun pagi tu terus makan nasik lemak .


Beli bungkus je sebab mak aku masak mee goreng untuk breakfast tapi aku tak suka . Jadi dengan gedik gedik menyampah gitu suruh jugak abah aku pergi cari nasik lemak . Haha . Sayang abah aku .
Sesambil makan tu layan cerita Rasa Halal Orient . Aku suka tengok rancangan ala ala travel ni . Nanti boleh angan angan nak pergi sana bila dah besar . Tu pun kalau duit aku berkoyan . Haha



Sebenarnya aku nak tengok Heliza Helmi je . Lepas dia datang shooting drama Warkah Cinta kat sekolah aku hari tu , terus minat dia . Kedang-kadang terfikir gak aku nak jadi pengacara macam ni . Pengacara untuk travel travel ni . Boleh jalan keliling dunia kan . amboii . Aku memang kuat berangan .

Lepas tu godam godam Twitter . Takde apa pun . Tengok orang mention aku , buat buat tak layan . Bajet retis gitu kan . Puihh lah cenggini .

Tetiba entah hantu apa tersampuk dekat aku , rasa rajin pulak nak baking cake . Lepas fikir benda apa yang senang dan sedap . Aku decide nak buat Brownies . Senang je cara buat . tak perlu la aku nak berpeluh berperang gedum gedang gedum gedang dekat dapur nanti kan . tengok , disebalik kerajinan aku , terselit jugak kemalasan nye. Makcik makcik , jangan la amek saya jadi menantu ye . Karang kan menangis gigi kayu je anak makcik nanti .

Pergi dapur siap siap bahan semua , nak cari loyang tu takde lah pulak . Entah mana mak aku sorok . Ke dia nak main cikucak dengan aku ? Malas nak tanya mak aku , jadi aku ingat nak taruk je dalam cup . Biar dia jadi cupcake . Lantak la rupa tak macam Brownies pun asal kan boleh aku makan telan makan telan .

Aku buat ni main campak je . Resepi memang dalam kepala la *bangga* Aku kalau bab bab masak kek ke mende memang kuat gak hafalan aku . Tang belajar je macam tenok sikit . Hahaha
Lepas campak campak semua tu , jadi jugak . Adik aku dah kalut dah jeles ke apa aku tak tahu la . Duk meroyan memperkecilkan kebolehan membaking kek aku ni . Bising je . Dua tiga kali masuk dapur aku dengar ayat sama je .

" Ada hati nak baking kek . Aku tengok cara kau buat pun dah tahu tak sedap . "
"Ada ke orang masak kek pakai lesung batu ? "*aku jeling je sambil hentak hentak batu lesung dekat coklat masakan . Nak kasi hancur *

Aku bengang gila . Dalam hati toksah cakap la . Segala sumpah ranah aku hambur kan . Kalau boleh nak sumbat je batu lesung tu dalam mulut dia . Nampak tak kejam aku ?

Lepas terima segala kata cacian yang telah engkau berikan membuat ku rasa kosong kosong o *nyanyi lagu Najwa Latif * . Tetiba pulak -.- Akhirnya siap jugak brownies-cupcake aku .

Orang first yang aku paksa okay ulang paksa ialah mak aku . Tengok adik aku sengih sumbing je . Aku pun cecepat pergi amek satu cup suruh dia rasa . Diam tak kata apa . Bisu agak nye lepas makan air tangan aku . Haha

Mak aku cakap sedap . Tetiba adik aku pun cakap camtu jugak . Aku pun buat muka bangga sambil telan coklat cips sebijik sebijik .


Taraaaaaa ! Ini dia hasil lepas aku ketung ketang ketung ketang dalam dapur selama hampir satu jam.



Mak aku cakap lagi .

" Walaupun hodoh , tapi mama suka . Pandai kakak buat kek . Cuma lain kali jangan hodoh sangat eh "

Perghh mak aku pun , dalam puji puji ada jugak yang pedih nye aku terasa . Tapi tak kisah la yang penting sedap . Haha .

Bye

Puas hati

Assalamualaikum


Waiting lah sangat kan . Padahal kalau boleh tak nak aku masuk tahun baru .
Tak nak ambil result SPM . 

Fuhh  lepas mengodam seharian suntuk blog baru aku ni  akhirnya siap jugak . Pheww . Bajet macam buat assigment pulak . Masa memula buat blog baru ni ingat nak ala ala kekonon sweet sweet dengan flowers vintage gituu kan tapi aku rasa dah cukap lah guna tema yang ala ke-kanak-kan ni kan . Lagi pun aku dah besar *muka angkuh gila* Dah nak masuk 18 tahun dah *memek yang sama* Ciss . Mangaii je .

Jadi selepas diteliti dengan teliti setelitinya , jadi lah macam ni blog aku . Taraaaaaaaaaaa ! *bunyi drum roll* Macam besar sangat mandat . Haha . Ekceli , aku nak penat nak hias bagai ni . Macam budak-budak . Kan lebih comel sebegini . *kelip kelip mata lelaju*

Ni aku main campak je kaler apa yang aku suka . Lantak la matching ke tak an . Malas pulak nak fikir . Lepas tu background pun aci tak pilih dah yang pastel-sweet-meleleh ni . Sebab nak bajet besar kan , so aku pilih yang garang sikit . Biar orang bukak blog aku ala ala terkejut beruk gitu . berkulit rimauu aummmm .
Apa apa pun aku puas hati sesangat ! Eh tapi blog yang lama tu masih guna lagi . Sayang la nak delete kan . Tengok , betapa penyayang nye aku . Sampaikan dengan blog pun cenggini . Sila menyesal sape yang mintak clash dengan aku tu . Haha *baling botol*

Umaigodd . Ni dah kes masuk lif tekan sendiri ni . Apa apa hal , malam dah makin larut dan aku pun mengantuk . Kena belajar tidur awal dah sebab kan dah bukak sekolah . Walaupun aku dah tak sekolah tapi aku masih berjiwa pelajar . Bangun diawal pagi dan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas seperti hari hari sekolah dolu dolu . Bersemangat kemenuntutan ilmu kan aku ? Hah ha dalam mimpi la . Awal tahun ni aku dah start keje . Yela tak kan nak melangoo je kat rumah . Nak kahwih esesokk susah . Muahahaha .

Bye

Thursday 27 December 2012

Year End Giveaway By Cik Bunny

Assalamalaikum

Aku join lagi contest dari CIK BUNNY cute ni. Hadiah dia sangat menarik. Penyertaan pun mudah je. Tak perlu ikut banyak syarat sangat. Kalau nak tahu yang lebih tepat, sila klik pada banner. Jangan lupa share benda ni kepada rakan blogger yang lain. Cepat join sebelum 3 Januari 2013.



Goodluck. 
Doakan aku ada rezeki menang giveaway ni :D
Salam pagi.

GIVEAWAY BY SAYAIYLIA LADY'S CABINET SHOPPE

Assalamualaikum
Ini giveaway yang sangat menarik tertarik kau memang da boom la kalau siapa yang join. Tak susah pun.
Buat satu entry, letak banner, like LADY'S CABINEY SHOP dan mesej kan link entry anda ke Facebook page tu.

Banner rasmi Giveaway ini

Yang menarik nye , setiap peserta akan dapat voucher RM5. Tak hebat lagi ke ? Cepat join sekarang. Aku tag :

GIVEAWAY MORE THAN 20 PRIZES TO BE WON!!

Assalamualaikum

Hebat tak tajuk entry kali ni ? Hebat kan ? Jadi apa nak tunggu lagi tu ? Tercengang pulak depan skrin. Dah dah. Jom join segment ni .

Malas nak banyak cakap lagi . Apa pun klik banner di bawah untuk join dan ikut syarat dia yang terlampau mudah tu. Actually , non- blogger pun boleh join jugak . Zaman sekarang kan dah ada Facebook Twitter bagai yang boleh menghubungkan blogger dengan dunia lain . Ecewahh .


Alahai banyak nye. Tak terliur ke tengok ? Apa pun, baca Bismillah dulu sebelum join. Semoga ada rezeki. Amiin.

"Limited Edition GiveAway by Dysha Sahhir"

Assalamualaikum

Pagi yang hening lagi sunyi nak ke Subuh ni , *lawak la ayat haha* aku join satu giveaway dari blogger yang kalau tengok blog dia mesti akan cakap

 " Lemah lembut nye dia . Comel aje :D "

Apa pun, Bismillah sebelum tekan banner kalau nak join. Mudah-mudahan ada lah tuah untuk aku dan korang yang join. Aminn.



Banner pun comel je kan ?
So, goodluck to ols.
Salam


TThe Great Holiday Giveaway By IzyanNzrh and SchaFeeqah

Assalamualaikum

Bismillah . Mulakan dengan ayat yang mulia tak salah kan ? Haha. Apesal aku jadi baik sangat malam ni ? Lantak lah . Apa pun aku nak bagitau yang aku dah join satu Giveaway ni . Mangaii betul . Heboh macam nak satu kampung tahu . Hah ! Memang pun . Kalau boleh nak satu kampung join giveaway ni .

*fikir*

Makcik sebelah rumah aku ada blog ke ? Ada Facebook ? Entah-entah laptop pun takde . Hahahahahahaha *gelak berguling*

Perangai syaiton aku dah datang dah . Jangan ikut ! Take note *salin

So , apa pun yang nak join macam biasa, klik pada banner comel di bawah ye ? Alahai banner pun dah buat aku amomomo comel nye . Ini baru banner , hadiah nanti kau akan jerik camni .

"Opocot mak engkau ! Siyes gila bai hebat . Hadiah dekat Court pun tak macam ni ." *apa kaitan dengan Court ?

Ni bab nak mengeTAG pulak . Aku memang suka tang ni . Sila pastikan mereka tahu ye .


Sini aja ya bukk *indon tetiba*
Salam :)

CONTEST ' NAK SKIRT DARI NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE'

Assalamualaikum
Serious ! Contest ni sangat lah best. Tengok tajuk dah tau kan ? Aku masa jumpa contest ni melompat bagai nak nak macam kucing yang kelaparan dapat 5 ketul ayam KFC. Eh, analogi apa ni ? Mencaruk dah aku ni.

Join contest ni, ikut syarat yang dia bagi. Ala senang ajoo syarat nye pun. Adik aku yang tak masuk tadika pun boleh join dan ikut syarat dia. Tu pun kalau dia ada blog la. Haha. Ini syarat yang aku dah patuhi.
Orang yang ke 552 yang mengfollow NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE
Orang yang ke 82 yang mengfollow NORZI FOODILICIOUS HOUSE 
Orang yang ke 18 394 yang mengelike NORZI BEAUTILICIOUS (FACEBOOK)
Apa-apa hal, klik pada banner di bawah untuk info yang lebih jelas sambil-sambil tu doa-doa sikit harap boleh menang. Mana tahu kan rezeki masing-masing. Puh puhh

Tolong la terasa bertuah aku mentag korang ni :
Nana
Hasya
Wana
Maisarah
Husna
Amboii. Tengok skirt dekat banner tu. Aku yang melagut rasa terhegeh-hegeh nak kan skirt tu. 
Goodluck uolss
Bye :D

Lyana & Double NH Mini Giveaway

Assalamualaikum

Memandangkan mata aku cerah bersinar bling bling lagi ni , jadi aku buat keputusan untuk nak follow semua blog-blog yang ada . Tapi sambil menyelam minum air sampai kembong ye tak . Aku buat keputusan untuk join satu give away ni . Lyana & Double NH Mini Giveaway .


Hamekau dah tertempek dah banner tu . Syarat-2 rasanya dah dipenuhi kecuali Follow Twitter tu . Maaf ye adik-adik . Akak kau belum cipta akaun Twitter yang khas lagi . Jadi apa lagi ye ? *fikir dengan sungguh-sungguh* Dah takde kan ? Okay . Hope bertuah tangan aku malam ni . HAHA *gelak sopan*

Sunday 23 December 2012

I'm not have a sleep for a long night !

Asslamualaikum
Tumblr_me9gu2lmx51rjx1e7o1_500_large

A very very good morning. Yeayy. I should said it to myself. Now, the clock's paddles shows 5.37a,m. Its PAGI ! Ohmaigod. I cannot believe that i have no sleep. Yes. I did not have a beauty sleep for tonight. Why my eyes cannot close eh ?

So, a long night i'm just reading a novels. Which that i 'khatam' for many times. But it nice. Seriously, i have not getting boring yet. Its 5 Tahun 5 Bulan written by Hlovate. The whole story is about Ana and Along. Ohh they are sooo sweet.

Besides, surfing and online. Googling a few things. But the most i opened was Twitter and not least, Facebook. Haha. Iam so addicted with them. But there are not many peeps online. Yeahh Liyana, because now is the time the human like you to sleep.

Now, i am hear that my mom in the kitchen right now. Hehe. Should i give some help to her ? No -.-

The ustaz also now reading the Al-Quran in Masjid. Thats mean Subuh is near :D

That all. Hope i'm not 
298859_437111939673635_2112506140_n_large
Bye.


Saturday 22 December 2012

A new blog

Assalamualaikum


Tujuan aku create blog yang baru ni sebab malas nak serabutkan blog aku, Nana Liyana tu dengan segala post yang berkaitan dengan GAs ataupun segments ataupun segala pertandingan yang aku sertai. So, i decided to make a new blog which one it is the first time i used blogskin template. Okay. Nak kata macam mana ye ? Guna blogskin ni sangatlah susah. Memanglah dari segi pengeditan tu its look like Ohmaigod, senang dan cantik. Tak perlu buat apa-apa pun. template kita dah macam alahaiiii, advance gituu. 

Tapi permasalahan nye sekarang aku ni selalu tak puas hati dengan apa yang ada. Nak jugak menyahut cabaran untuk edit blogskin template ni. Ecewahhh gitu. Cabaran konon. Haha

Aku sangat pelik macam mana yang budak-budak sekarang sangat advance dan perghhh hebat sangat dia orang menhendle coding semua. Aku ni pun nak naik pening. For a few time, terpaksa rujuk tutorial. Cari dalam google bagai. Haihh. Sangat pening.

Anyway, for contact and wanna knowing about my life, Just visit me at there

Main blog - Nana Liyana <3Twitter - @LiyanaMohdFacebook - Nur Liyana