Sunday, 30 December 2012

Hari hari aku yang sangat bosan

Assalamualaikum

Entry aku ni pun mungkin yang terbosan jugak . Jadi jangan baca sampai habis . Nanti dengan engkau pun turut sama bosan .

Hari ni memang macam biasa la aku kan . Selagi mak aku tak bising bising haram jadah aku nak bukak mata . Kalau boleh nak tidur je sampai kalah baby baru lahir tu .
Dah bising memekak je kat telinga aku tu , terpaksa lah jugak aku bangun . Mandi apa semua lepas tu makan . Lepas makan bukak Twitter dengan Facebook kejap . Usha apa yang terlepas semalam kan . nanti kang kut ada berita gempak aku sorang je tak tau . Tak ke orang panggil orthodoks nanti . Hahaa

Lepas boring takde apa yang menarik , tambah pulak takde drama macam selalu . Well , Twitter kan penuh drama *cakap dengan gaya angkuh giler* Kalau kau nak berdrama apa semua kau join lah twitter . Siyes aku cakap memang tetiap bulan ada je yang hot punya cerita lalu kot timeline kau .

Sesambil aku duk guling guling sambil layan akak twitter ni kan , termenung jap berfikir apa aku nak buat hari ni . Mak ayah aku memang takde dah . Keluar mana entah . Kerja gamaknya . Tak kan aku nak pasang lagu kekuat sambil joget oppa gangnam style op op op kot . Karang kang turun saham aku sebagai anak dara cun nanti . Wkwkwk Okay sila baling botol .

Nak buat kek lagi memang tak lah . barang pun nak habis aku hancurkan haritu . Nak keluar ? Memang dalam mimpi . Bukan ada lesen pun lagi . Lagipun apa aje yang ada kat rumah aku ? Takat basikal tayar pancit adik aku adalah .

Sambil tengah tengok adik aku duk kalut kemas barang sebab esok dia dah nak balik asrama kan , so aku pun buat keputusan nak berkurung je dalam bilik sambil layan novel . Walau pun kebanyakan nye aku dah ulang lebih banyak dari aku ulang buku teks sejarah tingkatan 5 dolu dolu . Lantak lah asal kan aku tak mati terconggok sebab tak tau nak buat apa kan .

Koleksi novel aku berlambak. Kalah buku teks tingkatan 5 aku . Ni baru separuh je. Wkwk Bangga gila ada novel banyak . Tapi kebanyakkan aku nak baca semua ni . Nak beli yang baru dalam mimpi jela . 
Tak pun tunggu jatuh dari langgit ala ala Alice In The Wonderland gitu . magic kan . Haha . Mak aku kedekut sikit kalau cuti sekolah ni . lagi lagi kalau tengok aku ternak lomak je kat rumah . Harap mak aku tak baca blog aku . Haha



Bila aku takde mood nak baca novel , ni salah satu benda yang aku buat . Letak perisa oren campur gula racun atas meja . Lepas tu tunggu semut datang . Bila dia orang dah ramai ramai jilat perangkap aku tu , dengan kejam nye dalam hati aku

PADAN MUKA KAU . MATI BERBUIH LA KAU NANTI HAHAHAHAHA *gelak megatron*

Bila semut tu mati menggeletar depan mata aku , baru aku puas hati . Haha . Tula siapa suruh kau bermain gelak tawa riang ria kanak kanak ribena atas meja aku . Kan dah terima padah . Puas hati aku .



Apa pun boring boring ni keje melatak la kan . Sanggup pergi beli MarryBrown sebab tak sanggup hadap laptop sambil mulut terkacip rapat . Kena jugak mengunyah . 

Aku harap tahun 2013 tak seboring ni . Tolong la keluar Doraemon dari laci aku . Apa jenis wish aku ni ????????

Bye

Saturday, 29 December 2012

Brownies yang diubah menjadi cupcakes

Assalamualaikum

Pagi semalam aku bangun awal jugak kot . Ada la dalam pukul 8 gituu kan . Haha itu pun sebab panas . Selalunye hujan lebat macam takde gaya nak berhenti je . Tapi entah la lepas banjir melanda ni tetiba jadi panas pulak . Membahang pulak tu . Ada jugak aku bodo bodo tanya mak aku .


" Ma , asal panas terik ni ma ? Kan musim tengkujuh ni . Minggu lepas lebat je hujan . "

" DIA nak suruh kau rajin jemur kain la tu . Ni dah panas alasan apa lagi kau nak bagi ? Lepas siap basuh kain , terus jemur . "

Ada pulak ma aku . Jadi seharian semalam keje aku macam cinderella je . Buat keje rumah . Jemur kain je padahal .

Aku terbangun awal pagi ni pun sebab aku tertidur awal malam nye tu . Selalu time aku tidur pukul 4 , 5 pagi gitu . Tapi sebab pening kepala , pukul 12 malam dah hanyut dah . bangun pagi tu terus makan nasik lemak .


Beli bungkus je sebab mak aku masak mee goreng untuk breakfast tapi aku tak suka . Jadi dengan gedik gedik menyampah gitu suruh jugak abah aku pergi cari nasik lemak . Haha . Sayang abah aku .
Sesambil makan tu layan cerita Rasa Halal Orient . Aku suka tengok rancangan ala ala travel ni . Nanti boleh angan angan nak pergi sana bila dah besar . Tu pun kalau duit aku berkoyan . Haha



Sebenarnya aku nak tengok Heliza Helmi je . Lepas dia datang shooting drama Warkah Cinta kat sekolah aku hari tu , terus minat dia . Kedang-kadang terfikir gak aku nak jadi pengacara macam ni . Pengacara untuk travel travel ni . Boleh jalan keliling dunia kan . amboii . Aku memang kuat berangan .

Lepas tu godam godam Twitter . Takde apa pun . Tengok orang mention aku , buat buat tak layan . Bajet retis gitu kan . Puihh lah cenggini .

Tetiba entah hantu apa tersampuk dekat aku , rasa rajin pulak nak baking cake . Lepas fikir benda apa yang senang dan sedap . Aku decide nak buat Brownies . Senang je cara buat . tak perlu la aku nak berpeluh berperang gedum gedang gedum gedang dekat dapur nanti kan . tengok , disebalik kerajinan aku , terselit jugak kemalasan nye. Makcik makcik , jangan la amek saya jadi menantu ye . Karang kan menangis gigi kayu je anak makcik nanti .

Pergi dapur siap siap bahan semua , nak cari loyang tu takde lah pulak . Entah mana mak aku sorok . Ke dia nak main cikucak dengan aku ? Malas nak tanya mak aku , jadi aku ingat nak taruk je dalam cup . Biar dia jadi cupcake . Lantak la rupa tak macam Brownies pun asal kan boleh aku makan telan makan telan .

Aku buat ni main campak je . Resepi memang dalam kepala la *bangga* Aku kalau bab bab masak kek ke mende memang kuat gak hafalan aku . Tang belajar je macam tenok sikit . Hahaha
Lepas campak campak semua tu , jadi jugak . Adik aku dah kalut dah jeles ke apa aku tak tahu la . Duk meroyan memperkecilkan kebolehan membaking kek aku ni . Bising je . Dua tiga kali masuk dapur aku dengar ayat sama je .

" Ada hati nak baking kek . Aku tengok cara kau buat pun dah tahu tak sedap . "
"Ada ke orang masak kek pakai lesung batu ? "*aku jeling je sambil hentak hentak batu lesung dekat coklat masakan . Nak kasi hancur *

Aku bengang gila . Dalam hati toksah cakap la . Segala sumpah ranah aku hambur kan . Kalau boleh nak sumbat je batu lesung tu dalam mulut dia . Nampak tak kejam aku ?

Lepas terima segala kata cacian yang telah engkau berikan membuat ku rasa kosong kosong o *nyanyi lagu Najwa Latif * . Tetiba pulak -.- Akhirnya siap jugak brownies-cupcake aku .

Orang first yang aku paksa okay ulang paksa ialah mak aku . Tengok adik aku sengih sumbing je . Aku pun cecepat pergi amek satu cup suruh dia rasa . Diam tak kata apa . Bisu agak nye lepas makan air tangan aku . Haha

Mak aku cakap sedap . Tetiba adik aku pun cakap camtu jugak . Aku pun buat muka bangga sambil telan coklat cips sebijik sebijik .


Taraaaaaa ! Ini dia hasil lepas aku ketung ketang ketung ketang dalam dapur selama hampir satu jam.



Mak aku cakap lagi .

" Walaupun hodoh , tapi mama suka . Pandai kakak buat kek . Cuma lain kali jangan hodoh sangat eh "

Perghh mak aku pun , dalam puji puji ada jugak yang pedih nye aku terasa . Tapi tak kisah la yang penting sedap . Haha .

Bye