Friday 15 February 2013

Complicated

Assalamualaikum


Hidup ni memang susah dan mencabar betul kan . Kekadang aku fikir best nya jadi orang lain . Hidup macam happy aje . Terutama kan orang lelaki . Aku tengok alif acik n so ever budak-budak lelaki lain memang happening gila lah . Apa aje yang dia orang tahu tentang kehidupan di zaman lepas dari SPM kejadah tu ?

Futsal , kerja , lepak dan tidur . 

Itu aje kot aktiviti dia orang . Paling-paling cheerful sikit pun keluar beli baju atau what they call it 'cuci mata' at kbm or mana-mana aje lah .

Kadang-kadang macam boring jugak bila tengok itu aje yang dia orang suka buat kan but let we think in other side . Its ZERO okay . Apa aje yang dia orang kena lalui ? Takde masalah , takde complicated and takde emotional . Rileks je kan nampak ? Nak jugak macam tu . Hati aku mula dah ni memberontak bodo nak jadi lelaki . Hahahaha *LOL* Kerja gila je .

Okay aku sekarang memang banyak masalah . Masalah pulak yang sama aje . Pasal HATI dan PERASAAN . Boring jugak dengan masalah ni . Asyik benda sama je yang aku rasa dan lalui . Is there no other complication for girl's life ?

Dahla aku ni tengah single kan . Lepas tu sunyi lah . Eh yeke sunyi ? Ada lah sikit-sikit . Sekarang kan tengah belajar nak moving on . So , nak taknak kena lupakan dia jugak .

Dalam pada yang sama , aku belajar terima orang lain yang kekonon akan menjadi lebih baik dari dia . KONON lah kan ? Ye ke tak idk .

Tapi masalah nya bila aku dah mula suka dia , ada ke pulak dia buat bodo je dengan aku ? Sungguh sadis fikirkan benda ni . Sadis okay . Dia ni aku agak lah hyperactive keterlaluan sebab nya tak reti duduk diam . Ada je aktiviti dia . Oleh sebab tu aku pun di-anak-tiri kan . Hahaha Kenapa lah aku boleh TERsuka dengan orang yang macam ni ye ?

Lepas tu , ada aje yang suka aku dan aku pulak yang tak suka dia . Banyak masalah betul . Ke aku ni cerewet sangat ? Takde lah pulak rasa nya . Complicated kan ?

So , dengan rasa malas nak menyerabutkan kepala , aku buat keputusan nak tunggu je ex aku tu ? Walaupun berdepan dengan nasib yang pffffttt gitu tapi takpe la . Atleast tak berserabut macam sekarang kan ?

Kesimpulan sekarang ,

LIFE IS SO COMPLICATED OKAY

Friday 8 February 2013

Buzy kuasa tiga !

Assalamualaikum

Gampang yang amat kan bila dah lama aku tak update blog nih . Last update pun bulan lepas . Untuk awal tahun punya post . Cehh kekonon dolu dolu macam pemblogger tegar ahh kan ? Sekali tengok sesawang engkau !

Aku takde lah bajet retis artis metis semua ni buzy sampai kan takde masa nak bersosial . Ada aje aku bukak Twitter sekali hangkut la dengan Facebook . Pakej gitu kan . Tapi nak update post guna handphone ni rasa mcam mangkuk aje nak kena taip satu satu . Hahaa

Jadi , kehidupan aku sekarang macam biasa je . Makin malas dan banyak tido . Kalau dulu aku pergi kerja pukul 7 sekarang pergi pukul 9 . Kalau rajin sikit dalam 8.55am . Rajin la sangat kann ?

Lagi kan pulak sekarang dah start dah kelas belajar kereta aku tu . Dekat Akedemi Memandu Kotaraya . Sekarang aku dalam latihan 8jam memandu tu . Gila bangga boleh bawak kereta . Rasa macam poyo semacam jeh . Hehe . Orang lain dah test JPJ amende dah kan tapi aku baru terkedek-kedek nak belajar . Ahh pedulik hape -.-''

Kesempatan ni aku nak ucap SELAMAT TAHUN BARU CINA . Even reader aku takde bangsa cina kan . Tahu tahu tapi kita kan ONE MALAYSIA . So thats all . Mengantuk .

Ye macam nilah hisup aku , pepetang camni wajib tidur . WAJIB okay WAJIB .

Salam

Debab yang pemalas macam aku


Saturday 5 January 2013

Tahun baru bersama hidup baru :)

Assalamualaikum




Walaupun dah rasa lambat kedabomm gitu aku update pasal tahu baru kan , tapi peduli apa aku . Nak update jugak nak update jugak *gaya pondan gitu*

Dah 5 hari masuk tahun baru . Rasa macam eh baru semalam aku dengar kedum kedum bunga api new year . Cepat la pulak masa berlalu . Dengan si arnab pun konfem nangis gigit kuku dia sebab kalah . Hahaa

Apa pun , dalam masa 5 hari tu banyak sangat yang aku belajar . Kenal erti hidup dan belajar kenal dunia yang penuh dengan cobaan ewahh ayat aku . Bajet dah matang gila sampai ayat pun skema . Puihh la .

Hari pertama tahun baru bersamaan 1 Jan tu , hari budak budak sekolah bersuka ria pergi sekolah walaupun memasing dah ala ala kunfu panda gitu . Haha . Tak lupa jugak hari tu merupakan hari budak budak tadika menangis sebab kena tinggal dengan mak bapak dekat tadika yang begitu jakun bagi mereka . Eh , pesal ayat aku skema nak mampos ni ? Bencikk aa cemni *hentak keyboard* *gedik*

Tapi bagi aku , tahun ni sangat lah bermakna . 1 januari yang lain dari sebelum ni . Kalau dolu macam biasa la bangun pepagi pergi sekolah . Ni pun bangun pagi jugak tapi sebab nak pergi kerja . Ulang lagi PERGI KERJA . Omaiigod ! Siyes aku rasa macam tak percaya tahap cipan cinuk apa semua yang aku dah kerja . Rasa bangga sangat weh sebab bila sebut ' aku kerja esok ' , rasa macam dah besar gila . Dah macam puan puan gitu . Haha puan eh ? Ni gatal nak kahwin wey !

Aku kerja sebagai cashier je . Dekat kantin sekolah . Walaupun kerja tu rasa macam sonang rilek goyang kaki telan kuaci je , tapi letih weh . Aku bukan lah pemalas sangat kan . Takde la aku duduk je dekat meja tu tunggu orang datang bayar . Ada jugak aku menolong sikit sikit . Eh banyak banyak sebenarnya .

Letih memang letih . Lagi lagi aku bukan biasa kerja kan . Tapi seronok . Kalau nak ikut letih , baik aku duduk rumah je . Tapi aku fikir pengalaman tu penting . Macam mana aku nak handle sesuatu perkara , nak komunikasi , nak jaga diri , semua lah .

Tapi letih tu berbaloi pada aku . Bukan sebab gaji . Gaji aku sikit je pun tapi Alhamdulillah . Aku terima je . Sebab yelah , pengalaman tu lagi berharga kan ? Sekarang baru aku kenal erti lelah nya hidup nak mencari duit dekat dunia ni .

2 JAN hari tu pulak , BIRTHDAY aku ! Haha . Dah cukup 18 tahun . Dah besar kan ? Tapi semua orang tak percaya . Aku ni kecik sangat kot . Ada ke orang tanya aku

" UPSR hari tu dapat berapa A ? "

Kalau kau ada rasa bengang tak nak hantuk je kepala dia sebab tanya macam tu ? Kwaja betul -.-
Takde yang istimewa tahun ni . Aku pun tak mintak la kek ke hape kan . Karang mintak kang nampak pulak sifat materialistik aku . Bagus bagus je ada makcik nak datang meminang , terus angkat kaki punggah habis barang barang hantaran . Cancel . Tak ke nangis aku ? Hahaha

Tahun ni hanya lah wishes daripada kawan kawan di whatsapp , facebook dan twitter je .
Tapi tahun ni Aliff tu bukan main lagi nak jadi orang pertama wish untuk aku . Excited gila dia tapi last last kau gigit kuku kaki jela . Sebab ada lagi orang yang pantas dari kau .

Kesempatan ni , aku nak ucap Thanks untuk TOP 10 wisher aku ,

Merii , Aliff , Hasya , Emmy , Aliya , Ainal , Fahmi , facebooker 1 , facebooker 2 , facebooker 3

Aku tak ingat pulak nama budak dalam facebook tu apa . Haha
Dan ini TOP 2 last wisher aku ,

Farizuan dan Hafizi 

Okay dua dua ex aku . Yang sorang aku gilakan dia , yang sorang dia gilakan aku . Haha . Macam macam hidup ni kan ?

Birthday aku hari tu memang tak dapat hadiah pun . Aku pun dah besar dan tak berharap langsung okay . Nampak tak matured aku ? Haha . Just Along yang belanja kek Secret Recipe .


Okay lah kan . Kek untuk diri aku sendiri pun ada jugak . Aku buat Indulgence Choc Cake . Tak sempat ambek gambar . Zap zapp macam pirahna je semua . Sekali imbas terus habis orang baham . Aku pun termasuk jugak . Haha

Azam aku untuk tahun ni . Hmm *berfikir*

  • Menjadi yang lebih baik dari yang sebelum ni *aku rasa tetiap tahun benda ni masuk list . Normal la kan ?*
  • Lupakan kisah yang lama. Buang yang keruh ambil yang jernih
  • Berusaha membeli Samsung Galaxy S3 , Macbook Pro , Blackberry dengan hasil usaha sendiri campur bodek abah aku sesikit lah . Hahaa
  • Taknak COUPLE
Mungkin itu je kot dulu . Kut kalau aku terasa berwibawa sikit , aku tambah lagi nanti . 
Itu je dulu . Banyak lagi tapi aku malas campur dengan buzy yang teramat sangat . Fuhhh ~

Bye