Assalamualaikum
Entry aku ni pun mungkin yang terbosan jugak . Jadi jangan baca sampai habis . Nanti dengan engkau pun turut sama bosan .
Hari ni memang macam biasa la aku kan . Selagi mak aku tak bising bising haram jadah aku nak bukak mata . Kalau boleh nak tidur je sampai kalah baby baru lahir tu .
Dah bising memekak je kat telinga aku tu , terpaksa lah jugak aku bangun . Mandi apa semua lepas tu makan . Lepas makan bukak Twitter dengan Facebook kejap . Usha apa yang terlepas semalam kan . nanti kang kut ada berita gempak aku sorang je tak tau . Tak ke orang panggil orthodoks nanti . Hahaa
Lepas boring takde apa yang menarik , tambah pulak takde drama macam selalu . Well , Twitter kan penuh drama *cakap dengan gaya angkuh giler* Kalau kau nak berdrama apa semua kau join lah twitter . Siyes aku cakap memang tetiap bulan ada je yang hot punya cerita lalu kot timeline kau .
Sesambil aku duk guling guling sambil layan akak twitter ni kan , termenung jap berfikir apa aku nak buat hari ni . Mak ayah aku memang takde dah . Keluar mana entah . Kerja gamaknya . Tak kan aku nak pasang lagu kekuat sambil joget oppa gangnam style op op op kot . Karang kang turun saham aku sebagai anak dara cun nanti . Wkwkwk Okay sila baling botol .
Nak buat kek lagi memang tak lah . barang pun nak habis aku hancurkan haritu . Nak keluar ? Memang dalam mimpi . Bukan ada lesen pun lagi . Lagipun apa aje yang ada kat rumah aku ? Takat basikal tayar pancit adik aku adalah .
Sambil tengah tengok adik aku duk kalut kemas barang sebab esok dia dah nak balik asrama kan , so aku pun buat keputusan nak berkurung je dalam bilik sambil layan novel . Walau pun kebanyakan nye aku dah ulang lebih banyak dari aku ulang buku teks sejarah tingkatan 5 dolu dolu . Lantak lah asal kan aku tak mati terconggok sebab tak tau nak buat apa kan .
Koleksi novel aku berlambak. Kalah buku teks tingkatan 5 aku . Ni baru separuh je. Wkwk Bangga gila ada novel banyak . Tapi kebanyakkan aku nak baca semua ni . Nak beli yang baru dalam mimpi jela .
Tak pun tunggu jatuh dari langgit ala ala Alice In The Wonderland gitu . magic kan . Haha . Mak aku kedekut sikit kalau cuti sekolah ni . lagi lagi kalau tengok aku ternak lomak je kat rumah . Harap mak aku tak baca blog aku . Haha
Bila aku takde mood nak baca novel , ni salah satu benda yang aku buat . Letak perisa oren campur gula racun atas meja . Lepas tu tunggu semut datang . Bila dia orang dah ramai ramai jilat perangkap aku tu , dengan kejam nye dalam hati aku
PADAN MUKA KAU . MATI BERBUIH LA KAU NANTI HAHAHAHAHA *gelak megatron*
Bila semut tu mati menggeletar depan mata aku , baru aku puas hati . Haha . Tula siapa suruh kau bermain gelak tawa riang ria kanak kanak ribena atas meja aku . Kan dah terima padah . Puas hati aku .
Apa pun boring boring ni keje melatak la kan . Sanggup pergi beli MarryBrown sebab tak sanggup hadap laptop sambil mulut terkacip rapat . Kena jugak mengunyah .
Aku harap tahun 2013 tak seboring ni . Tolong la keluar Doraemon dari laci aku . Apa jenis wish aku ni ????????
Bye
No comments:
Post a Comment
Your comment are really appreciated.